Pages

Saturday 29 November 2014

Tahukah Anda Sejarah Ais?

Tahukah anda sebenarnya orang-orang Cina mula memotong dan menyimpan ais sejak 1,000 SM lagi.

Dan sekitar 500 SM lalu, orang-orang Mesir dan orang-orang India membuat ais mereka sendiri dengan meletakkan air di dalam tembikar dan membekukannya pada waktu malam yang sejuk.

Pada abad ke 18, hamba-hamba abdi di England mengutip ais pada musim sejuk dan menyimpannya dalam rumah ais. Disitu, ais akan dipaket dengan garam, dibalut dengan kain flannel dan disimpan di dalam tanah supaya tahan hingga musim panas.

Aktiviti pemotongan ais mula rancak pada pertengahan 1800. Sejak itu, ia digunakan hampir dalam setiap rumah dan kedai. Ketika itu ia dilakukan secara sendirian sebelum sebuah syarikat Boston And The South memulakan perniagaan menjual ais dan alatan khas.

Pada abad ke 19, aktiviti mengutip ais mula terkenal di Amerika.

Dan sekitar tahun 1914, Linda Hull Larned menerbitkan buku masakan bertemakan makanan sejuk beku bertajuk One Hundred Cold Desserts. Antaranya seperti Trifle Inggeris.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberikan komen.