Pages

Sunday 23 November 2014

Lagenda Hebat Pony Express

Tahukah anda walaupun kisahnya seolah-olah menjadi satu lagenda, Pony Express hanya mampu bertahan selama 19 bulan sahaja dalam operasinya iaitu dari bulan April 1860 sehingga bulan Oktober 1861.

Pony Express diasaskan oleh 3 orang, William H. Russell, Alexander Majors dan William B. Waddell yang memulakan Pony Express.

Surat dan kiriman akan dibawa oleh tukang pos dengan cara menunggang kuda ke tujuan sekitar 1,900 kilometer dari St. Joseph, Missouri ke Sacramento, California yang mengambil waktu 10 hari. Oleh itu, penunggang kuda yang sangat efisien sangat diperlukan.

Pony Express menggunakan khidmat 120 penunggang, 184 stesen dan 400 ekor kuda.

Kuda yang ditunggang akan ditukar di setiap stesen yang jaraknya 10 kilometer tetapi penunggang yang sama akan menunggang untuk jarak 75 sampai 100 kilometer sebelum digantikan penunggang lain.

Ketika itu, penunggan kuda Pony Express bukan sahaja mengalami masalah menghadapi perompak tetapi juga gangguan oleh suku-suku Indian di sepanjang perjalanan.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberikan komen.