Pages

Sunday 30 November 2014

Tahukah Anda Siapa Presiden Pertama Singapura?

Tahukah anda Presiden pertama Singapura bernama Tun Yusof Ishak.

Sebelum dilantik ke jawatan Presiden, beliau terlebih dahulu menjawat jawatan Yang Dipertuan Singapura.

Saturday 29 November 2014

Tahukah Anda Sejarah Ais?

Tahukah anda sebenarnya orang-orang Cina mula memotong dan menyimpan ais sejak 1,000 SM lagi.

Dan sekitar 500 SM lalu, orang-orang Mesir dan orang-orang India membuat ais mereka sendiri dengan meletakkan air di dalam tembikar dan membekukannya pada waktu malam yang sejuk.

Friday 28 November 2014

Setiap Inci Kulit Mengandungi 32 Juta Bakteria?

Tahukah anda jika dikatakan setiap satu inci persegi kulit manusia mengandungi 32 juta bakteria?

Soalnya, bagaimana individu yang mengeluarkan fakta ini begitu pasti jumlah bakteria yang ada pada kulit manusia sebanyak itu? Bagaimana mereka mengiranya?

Thursday 27 November 2014

Alice Stebbins, Polis Wanita Pertama AS

Tahukah anda wanita pertama yang bergelar polis ialah Alice Stebbins Welss yang bekerja bersama Los Angeles Police Department (LAPD) pada tahun 1910.

Oleh kerana dia adalah wanita pertama dan satu-satunya polis wanita, maka dia sendiri telah mereka cipta uniform polisnya sendiri.

Wednesday 26 November 2014

Pemerintahan Zaman Silam Mesir Purba

Tahukah anda pada zaman silam di Mesir, jika pemerintahnya meninggal dunia, maka semua hamba abdi dan haiwan-haiwan miliknya akan ditanam hidup-hidup bersama-sama mayatnya.

Tuesday 25 November 2014

Tentera Berkuda Terakhir

Tahukah anda kali terakhir tentera berkuda digunakan dalam peperangan ialah semasa perang dunia kedua tatkala tentera berkuda Mongolia menentang pihak Jerman.

Dalam pertembungan tersebut, lebih 2,000 tentera Mongolia terbunuh sedangkan tiada seorang pun askar Jerman yang terkorban.

Monday 24 November 2014

Pencipta Mesin Pemotong Roti

Tahukah anda pada tahun 1927, Otto Rohwedder telah mencipta roti yang telah siap dipotong.

Dia telah mencipta mesin pertama untuk memotong roti dan membungkusnya serta memenangi paten untuk proses tersebut.

Selepas 6 tahun ciptaan tersebut, roti yang telah siap dipotong lebih banyak terjual berbanding yang belum dipotong.

Sunday 23 November 2014

Lagenda Hebat Pony Express

Tahukah anda walaupun kisahnya seolah-olah menjadi satu lagenda, Pony Express hanya mampu bertahan selama 19 bulan sahaja dalam operasinya iaitu dari bulan April 1860 sehingga bulan Oktober 1861.

Saturday 22 November 2014

Majlis Pengebumian Paling Mengarut

Tahukah anda seorang Jeneral dari Mexico iaitu Jeneral Santa Anna telah mengadakan satu majlis pengebumian peringkat negeri secara besar-besaran sebagai penghormatan kepada kakinya yang telah dipotong.

Dan tahukah anda semasa zaman batu, orang-orang di kepulauan British menggunakan tempurung kepala manusia sebagai cawan.

Friday 21 November 2014

Zaman Kegemilangan Empayar Parsi

Tahukah anda semasa kegemilangannya sekitar 480 sebelum masihi, Empayar Parsi menguasai kira-kira 44% daripada populasi dunia. Ia merupakan peratusan tertinggi bagi sebuah empayar dalam sejarah dunia.

Dan semasa zaman kegemilangannya, Empayar Kerajaan Rom adalah seluas 2.51 juta batu persegi. Namun, empayar itu hanyalah empayar ke 19 terbesar dalam sejarah dunia.

Thursday 20 November 2014

Siapa Pencipta Bendera Amerika Syarikat?

Tahukah anda bendera Amerika Syarikat sebenarnya direka oleh seorang pelajar sekolah menengah iaitu Robert Heft sebagai salah satu projek sekolahnya dan dia diberi gred B untuk rekaan tersebut.

Namun, apabila rekaan benderanya terpilih sebagai bendera negara, gurunya menukarkan gred projeknya kepada A.

Wednesday 19 November 2014

Berapa Jarak Bumi Dengan Marikh?

Tahukah anda jarak bumi dengan Marikh adalah sekitar 500 juta kilometer.

Planet Marikh merupakan salah satu planet yang sukar untuk dihuni kerana suhunya yang membeku dan hampir tidak ada atmosfera untuk kehidupan.

Tuesday 18 November 2014

Siapa Pencipta Pertama Seterika?

Tahukah anda seterika pertama ditemui di negara China pada abad pertama Sebelum Masihi.

Ia berbentuk seperti ceper dengan atasnya mengandungi bara api. Bermula pada abad ke 17 selepas masihi.

Monday 17 November 2014

Dunia Tidak Pernah Aman

Tahukah anda mengikut kiraan yang dijalankan, sejak 3,000 tahun dahulu, dikatakan hanya 240 tahun sahaja dunia kita berada dalam keadaan aman.

10 Peperangan Paling Bersejarah

Tahukah anda daripada 10 buah peperangan paling bersejarah dalam sejarah dunia, tujuh daripadanya ialah peperangan yang berlaku di China.

Penciptaan Gigi Palsu

Tahukah anda sehingga ke tahun 1800, gigi-gigi palsu biasanya diperbuat daripada gigi-gigi askar yang telah mati.

Belgian Blue, Lembu Terbesar Di Dunia

Tahukah anda lembu terbesar di dunia mempunyai berat satu tan. Lembu ini dikenali sebagai Belgian Blue.

Ia bukan sebarangan lembu atau spesis di dunia. Lembu ini dihasilkan melalui kejuruteraan genetik dengan kaedah kacukan. Ia sesuatu yang sangat jarang dilakukan di dunia.

Pusat Penjualan Coklat Terbesar Di Dunia

Tahukah anda Belgia adalah negara Eropah Barat yang bersempadan dengan Perancis dan Belanda.

Belgia menghasilkan kira-kira 220,000 tan coklat setiap tahun dan National Airport di Brussels merupakan pusat penjualan coklat terbesar di dunia.